Make your own free website on Tripod.com

Halaman Pertanian

Tanaman Menguntungkan!


Home ] Up ] gambar jagung ]

 

Pokok Jagung

 

Morfologi pokok jagung :-
1. Ia adalah tanaman semusim yang mengambil masa lebih kurang 3 bulan untuk matang.
2. Akar berabut. Akar sokong pada pangkal batang menolong menyokong pokok.
3. Batang runggal, berbentuk silinder, panjang dan ditutupi dengan upih daun dan mempunyai buku yang lebih rapat dekat pada pangkal.
4. Daun tirus dan panjang dengan urat yang selari.
5. Rambut jagung (jambak bunga jantan) yang terdapat di hujung batang pokok menghasilkan biji-biji debunga sebelum bunga betina matang.
6. Tongkol yang terdapat di ketiak daun pokok matang mengandungi biji benih jagung.
7. Jambak bunga betina (stil) yang panjang dan berupa sutera terdapat di tongkol muda dan menerima cepu debunga jantan.
8. Pendebungaan adalah dibantu oleh angin.
9. Biji atau kernal mengandungi tiga bahagian iaitu perikarpa, endosperma dan embrio.

Botani

Taksonomi jagung adalah seperti berikut:
Kelas        : Angiosperm
Order        : Graminales
Famili        : Gramineae
Genus        : Zea
Spesis        : mays
Nama biasa : Jagung Manis dan lain-lain

Kriteria-kriteria tanaman jagung mengikut sistem klasifikasi International Maize and Wheat Improvement Center (CIMWIC) iaitu :
1. Kesesuaian Iklim : Tropika, Sub Tropika, Ilkim Sederhana, Tanah Tinggi
2. Tempoh Matang  : awal/lewat
3. Warna kernal (biji) : putih kuning dan lain-lain.
4. Ciri kernal           : Flint Corn, Dent Corn, Sweet Corn, Popcorn, Waxy Corn, Floury Corn, Pod Corn.

Jagung Mas Madu dikelaskan di bawah kumpulan tropical intermediate yellow sweet.